Assalamualaikum
Bermulalah entri baru di blog lama. Setelah setahun blog ini ditutup.
Blog ini bermula pada semester pertama aku di Universiti Utara Malaysia.
Pada hari ini, aku adalah seorang senior yang menunggu saat-saat untuk habis Peperiksaan Akhir Semester
dan meneruskan semester hadapan dengan praktikal di tempat atau negeri sendiri.
Aku berani sumpah aku akan rindu segala peristiwa, kenangan, perkara dan apa-apa
yang sama waktu dengannya di Sintok, Kedah ini. Setiap kenangan yang telah dilalui
teramat berharga untuk aku. Aku yakin peristiwa yang aku lalui disini takkan pernah
sama dengan peristiwa ditempat-tempat lain.
Aku akan rindu saat bergelak tawa bersama kawan-kawan tercinta. Bukan sahaja
saat gembira, saat berduka kita bersama juga takkan pernah dapat diganti dengan apa-apa pun. Aku amat bertuah jumpa kawan yang sangat memahami dan setia berada disamping aku bila aku memerlukan mereka. Berkongsi kisah duka bukan mudah, namun mereka mampu memberi aku semangat untuk terus bangkit dan kuat melawan apa-apa masalah bersama.
Bila bermula saat bekerjaya, takkan mudah untuk mencuri masa untuk bergelak tawa bersama tambah tambah lagi jarak akan memisahkan kita. Tapi aku tetap berharap persahabatan kita kekal hingga ke penghujung nyawa. InsyaaAllah.
Semester hadapan terpisahlah kita dengan jarak di muka bumi Allah tapi rapatkanlah jurang itu dengan sistem komunikasi moden ya, sahabatku. :)
*sebak menguasai diri*
~PERSAHABATAN ITU INDAH JIKA SAHABAT YANG ENGKAU PILIH ITU TEPAT.~
Hidup ini indah.
-Wasalam-
4 comments:
Selamat datang kembali....
thanks :)
Dah nak habis study..alhamdulillah..goodluck bila dapat kerja nanti :)
afiqazizan: thank you!:)
Post a Comment