Thursday, December 29, 2011

tutuplah auratmu temanku...

assalamualaikum

Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Baik, pada mulanya bersangka baik. Mungkin kamu tidak tahu. Dalil aku kemukakan. Lihatlah surah An-Nur ayat 31.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya)......"
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Apakah kamu mahu berdalih lagi? Mari kuingatkan kembali apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan, belum sampai serunya. Mungkinkah maksudmu, itu seruan Malaikat Izrail? Dan waktu itu, apa yang kamu mahu lakukan? Senyum mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan memakai tudung perlulah ikhlas dari hati. Tidakkah kamu tahu, ikhlas itu hadir setelah perbuatan? Andai tiada usaha ke arah kebaikan, mana mungkin hatimu cuba untuk ikhlas sepenuhnya?
Dan lagi, andai menunggu untuk ikhlas, sebenarnya tiada sesiapa pun yang mengetahui dirinya benar ikhlas atau tidak. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui. Oh, adakah itu bermakna, kamu selamanya tidak akan pernah menutup aurat dengan sempurna?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Tetapi kamu memilih untuk  mendedahkan mahkotamu. Lebih lagi, sungguh berani meng'upload' foto yang tidak perlu di'zoom in'. Sungguh berani memaparkan foto yang bisa meruntuhkan iman dan jiwa si pria, malahan dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna pada mata kasar. Yang bukan lagi khusus buat takdirmu. Suamimu.
Wahai hamba,
Allah menyuruhmu untuk menutup aurat. Katamu yang menutup aurat itu tidak semestinya baik. Dan yang mendedahkan aurat itu tidak semestinya jahat. Oh, mungkin maksudmu melanggar peraturan dan suruhan Allah itu, baik? Begitu mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan 'panas'! Jika di dunia sudah kamu mengatakan panas dan liat mentaati suruhan-Nya, apakah kamu mengira kamu bisa terlepas di akhirat kelak?

Wahai hamba,
Seandainya dirimu benar yakin,
Walau terusan melanggar perintah-Nya,
Kamu bisa lari daripada api neraka yang membahang,
Baik, teruskan.

Di dunia, jadilah pencabar terhebat Penciptamu sendiri,
Mungkinkah kamu bisa lagi begitu di Akhirat sana?
Pesanku, berubahlah.
Itupun andai benar kamu yakin di sana adanya syurga dan neraka.

Jika tidak, teruskan mencabar Dia. Kamu hebat. Syabas.
Aku sudah cuba membantu,
Kerana sayangnya diri ini kepadamu,
Namun kini aku hanya mampu membatu,
Kerana pilihan segalanya di tanganmu.

3 comments:

eiyzniey said...

Ttp laaa auratmu
:)

Unknown said...

macih...peringatan ni... :)

aindzaya said...

menasihati sesama kita sama seperti menarik saudara kita dari terkena api neraka ;)