Thursday, November 24, 2011

Seterika muka isteri??

assalamualaikum..

::Berita Metro semalam::

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.


Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

laporan penuh--->Metro


apa nak jadi la dengan manusia zaman sekarang..dah takd
berperikemanusiaan langsung..
isteri sendiri pun sanggup dia bertindak sekejam tu..
buat aynie takut nak kahwin jer...serammm...=(

4 comments:

Ban said...

memang x patut...ish2..
haha
mm....singgh yer..{0

NUR AYNIE said...

twisties: xptt kn2...huhuhu...ok..=)

mizmarmalade said...

Huwaaaa, menakutkan n sgt kejam... adoiyai, siyes kecian =.='

NUR AYNIE said...

fara; kecian kan2 sob..sob..sob...